Friday, August 28, 2015

Perkara yang perlu dilakukan selepas memasang Ubuntu 14.04 LTS Trusty Tahr

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dah lama admin tak menulis di ruangan kamisukagodam ni. Hampir setahun jugak kan? Kalian semua apa khabar? Admin harap semuanya sihat-sihat belaka disamping keluarga yang bahagia.
Okay la. Mula-mula sekali, admin nak tukar la panggilan. Lepas ni guna Mr. Configured pulak la. Asyik 'admin' je macam dah common sangat la pulak.

Berbalik pada topik asal. Kali ni Mr.Configured nak bagitau apa yang anda perlu lakukan selepas memasang Ubuntu 14.04 LTS Trusty Tahr pada komputer meja atau komputer riba anda.

Baru ni Mr.Configured ada tulis sedikit 'bash script' untuk memasang perisian asas dalam Ubuntu 14.04. Skrip ni sangat ringkas untuk difahami dan pendek. Jadi anda boleh la 'study' skrip yang Mr.Configured dah tulis ni.

Anda boleh tengok di sini.
https://github.com/alepcat1710/dekomoriAtom

Skrip tersebut adalah 'bash script'. Skrip ni seharusnya memudahkan anda memasang perisian asas dalam ubuntu. Dengan menjalankan skrip ini, anda tidak perlu menulis arahan (command) dalam terminal berulang kali untuk memasang perisian asas.

Antara perisian asas yang Mr.Configured dah tulis dalam skrip tu:
  • ubuntu-restricted-extras (optional)
  • VLC
  • GIMP
  • aircrack-ng (optional)

Ringkas bukan?
Tapi, sebelum memasang perisian asas tu, anda perlu lah kemaskini sistem, naik taraf sistem (kecil), dan naik taraf sistem (utama). Tapi anda tak perlu lagi tulis arahan tersebut. Sebab Mr.Configured dah tulis awal-awal arahan tersebut dalam dekomoriAtom.sh tu.

Begitu mudah, kan ?
Mr.Configured berharap anda dapat memanfaatkan skrip ini dan menyebarkannya kepada semua orang yang berminat untuk menggunakannya.

Itu sahaja.
Selamat menggunakannya :D
--Tester2009



Remember, RESPECT IS EVERYTHING !
We Stand As One !
Information Is Free !
Knowledge Is Power !

Knowledge Belongs To The World !
But Use Knowledge Wisely !

Wednesday, January 7, 2015

Menggodam WiFi WEP Dengan Beini

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Kali ini Admin nak tunjuk cara untuk mendapatkan password Router Wifi. Untuk kali ini, Kita akan gunakan Beini, iaitu platform berdasarkan Tiny-Core Linux. Ia berfungsi untuk Windows 7, Windows XP tak pernah lagi cuba tapi mungkin dengan cara yang sama. Jadi kita kena berani mencuba :) .


1.Mendapatkan Software Beini

-  Download software beini Disini.
- Software Beini tersebut adalah dalam bentuk Iso image, Jadi korang kena Burn (burn la guna nero ke apa) dulu dalam disc kosong.
- Bila dah siap burn, keluarkan CD tersebut .

2.Memulakan proses 

-Masukkan CD yang korang dah burn tadi, lepastu bila dah masuk PC dah detect CD terus Restart. Secara Automatik PC akan boot dalam Beini.

-Bila dah masuk dalam Beini tekan Minidwep-gtk


-Klik OK



-Tekan Scan untuk mencari WiFi disekitar anda


-Pilih salah satu WiFi yang korang nak hack dan tekan Launch untuk memulakan Proses




Nota:- Router WIFI tersebut mestilah tengah ada orang guna. Kalau rasa takde orang tengah guna Wifi tu, buat lah main-main contoh dengan ambik fon korang yg ada wifi, pilih nama wifi yg korg nk hack tu lepastu try la connect2 walaupun dengan password salah. Lagi banyak orang tengah pakai wifi tu lagi bagus supaya lagi senang untuk Beini berhubung dengan router. Lagi senang maksudnya lagi cepat :)



-IVS sedang berjalan bermaksud proses crack sedang berjalan. kebiasaannya IVS dalam 3000-5000 korang dah dpt password. Tunggu lah dalam 20-30 Minit,



-Gambar diatas tu menunjuk Hasil Crack anda. kalau keluar macam tu maksudnya sudah berjaya lah tu. yang bergaris itu adalah password bagi wifi tersebut. Anda sudah boleh mula menggunakan wifi tersebut dengan menggunakan password tu. Tips: Salin atau amik gambar password tersebut untuk kegunaan akan datang.
-Wifi security jenis WEP adalah paling senang untuk digodam. Untuk jenis WPA/PSK, Anda perlu gunakan Backtrack.





-Gambar kat atas adalah bukti yang Admin pernah buat sbelum ni. Lagi bagus kalau korang ada pakai WiFi Booster mcm admin punya kat gambar tu. Selamat Mencuba! -CuciTangan1999-

Like Page FB Kami :- https://www.facebook.com/HCMCrew

Sebarang soalan boleh ke Page FB kami. Kami akan reply secepat mungkin :) Selamat mencuba!

Credit: http://hackwepw7.blogspot.com/

Tuesday, January 6, 2015

Android di PC menggunakan Bluestacks

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari admin akan tunjukkan cara untuk membuka aplikasi android di PC dengan menggunakan Bluestacks.

Bluestacks ini adalah mudah dan sangat lancar. Cara install pun senang cuma download je dan terus install. Tapi Bluestacks ni bukan FREE .  untuk teruskan mengguna mesti bayar sebanyak 12 USD. Tapi takpe jangan risau, anda download sahaja aplikasi penaja bluestacks tersebut dan anda terus boleh menggunakan nya.

Pelbagai Applikasi dari Google Play boleh download ke Bluestack ni. Daripada Social hingga ke Game. Sangat berguna untuk mereka yang tidak mempunyai smartphone.

Berikut adalah beberapa paparan Bluestacks. Nampak mcm Tab kan? Kalau ada monitor yang boleh touch screen lagi best. Kalau nak dibandingkan dengan Emulator lain macam Andy, Genymotion tu semua kurang memuaskan dan takde feature yang ada kat Bluestacks ni. Nak download pergi sahaja ke website http://www.bluestacks.com/ . Selamat Mencuba! -CuciTangan1999-

Tuesday, November 18, 2014

Get PHP version by using Terminal and cURL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini admin nak ajar macam mana nak dapatkan php version dengan menggunakan terminal dan curl.
Admin menggunakan sistem operasi Ubuntu 14.04 64bit Trusty Tahr.
Sebelum mendapatkan php version, anda perlulah memasang (install) curl.

 Baik. Buka terminal anda. Jalankan arahan ini.
 contoh laman web: exabytes.my

:~# curl -s -I  exabytes.my | grep X-Powered-By

Jadi anda akan dapat output seperti ini.

Jadi, php version bagi exabytes adalah 5.3.28 .

Semudah itu bukan ?

Itu sahaja.
Selamat menggunakannya :D
--Tester2009






Remember, RESPECT IS EVERYTHING !
We Stand As One !
Information Is Free !
Knowledge Is Power !

Knowledge Belongs To The World !
But Use Knowledge Wisely !

Saturday, October 4, 2014

Patch Shellshock on Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti sedia maklum, baru baru ini telah ditemui bug di dalam bash shell sistem *nix. Kelemahan ini telah wujud selama 22 tahun sejak 1992. Rujuk sini untuk info lebih lanjut.

Baik, tanpa lengahkan masa, mari check sama ada sistem anda mempunyai kelemahan ini atau tidak .


Run arahan ini di terminal anda.

env x='() { :;}; echo vulnerable' bash -c "echo this is a test"

Jika anda mendapat keputusan seperti ini, bash anda mempunyai bug.


Manakala jika anda mendapat keputusan seperti ini, anda selamat !




Bash anda mempunyai bug ? Patch ia dengan menjalankan arahan ini.

sudo apt-get update && sudo apt-get install --only-upgrade bash


Alhamdulillah. Anda sudah pun selamat daripada bug shellshock ini.
:D

Itu sahaja.
Selamat menggunakannya :D
--Tester2009






Remember, RESPECT IS EVERYTHING !
We Stand As One !
Information Is Free !
Knowledge Is Power !

Knowledge Belongs To The World !
But Use Knowledge Wisely !